Wednesday 26 December 2012

banyak baca, banyak ilmu

ular ada dua jenis mata, mata bulat tak ada bisa, mata lonjong ada bisa,

nak hilangkan contengan marker di sofa kulit, just spray semburan nyamuk at sofa tu, kemudian lap insyaallah boleh hilang.

jika mangkok kaca atau apa-apa pun jenis kaca kotor sangat, basuh dengan serbuk soda, ha.... kalau malas,          guna coca cola.

tepung jagung campur air boleh digunakan untuk menghilangkan kesan minyak di kertas dinding, insyaallah berkesan.

nak bibir merah semulajadi, guna madu.

masa dalam hutan, jika kehabisan air, potong batang pokok, insyaallah ada air didalamnya.

air zam-zam dan kurma nabi elok dibawa sekali jika mendaki gunung, kerana ianya mengeyangkan dan tidak beku.

kesan minuman jika orang letak dadah didalamnya dengan mengemam air tersebut selama beberapa minit, jika terasa lelangit tu kebas, maknanya ada racun. hati-hati

owkey bye!! banyak lagi yang ingin aku kongsikan mengenai apa yang ada dalam otak nie, apa yang aku dah baca, apa yang aku lalui, dan pastinya aku harap ianya berguna. 



Atas pagar

aku sayang blog aku nie, dalam masa yang sama aku kene delite blog nie, sedih tau........ kecil hati pun ada,. syukurlah aku tak reti nak delite blog nie, yang aku reti hanya delite post-post lama. haha.. kenapelah aku nie sensitif sangat, ok..... blog nie, aku cadang nak letak nota-nota berguna dari hasil pembacaan aku,

Tuesday 10 July 2012

Selamatkan gigi kekal yang dah tercabut, bacanie.


Gigi kekal yang tercabut masih boleh diselamatkan sekirannya anda bertindak cepat dan mengikuti cara-cara yang betul seperti berikut:
·
Cari gigi yang tercabut itu dan pegang di bahagian korona gigi (bahagian atas) dan bukan pada akarnya
·
Lalukan air ke atas gigi dengan berhati-hati untuk membuang segala kotoran. Jangan gosok/berus gigi tersebut
·
Masukkan semula gigi ke dalam soketnya. Pastikan gigi tersebut diletakkan seperti asal dan gigit saputangan yang bersih diatasnya
·
Jika gigi tersebut tidak boleh dimasukkan semula ke dalam soketnya, rendamkan gigi itu di dalam larutan salina atau susu segar yang sejuk. Jangan biarkan gigi kering
·
Dapatkan bantuan di klinik pergigian secepat mungkin.